Salah Menempatkan Erti Cinta dan Kasih Sayang
Kita semua mendapati kebanyakan orang salah menempatkan erti cinta dan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan menuruti semua keinginan mereka meskipun dalam hal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam, dan perkara ini boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam lembah kebinasaan.
Cinta sejati yang abadi
Seorang ketua keluarga yang benar-benar mencintai dan menyayangi isteri dan anak-anaknya hendaklah menyedari bahawa cinta dan kasih sayang sejati terhadap mereka tidak wujud dengan hanya memenuhi keperluan hidup mereka semata-mata.
Akan tetapi yang lebih penting dari semua itu adalah dengan memenuhkan keperluan rohani mereka terhadap pengajaran dan bimbingan agama yang berteraskan dari petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.Inilah bukti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya, kerana diwujudkan dengan sesuatu yang bermanfaat dan kekal di dunia dan di akhirat kelak.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar